Aku sangat lesu dan penat harini.. kalau mak mertua aku selalu sebut lotih-lotah den.. Tetiap hari aku datang opis kul 7, lepas jer bersahur dan solat, dalam kul 6.30 atau 6.40 pagi aku dah meredah kesunyian kota damansara pi kerja.. balik kul 4 petang
(yeay..yeay, aku harap masuk kul 8.30 balik kul 4.. ini bukan hewlett packard razali... sila bukak company sendiri!!)yang membuatkan aku lebih penat lagi sebab semalam semalam berbuka kat luar.. makan ayam penyet (
kacak sungguh ayam penyet tersebut.. resepi yang aku buat tak jadi) penat berpusing-pusing dalam the curve (
cari hadiah anak angkat sab), lepas abis solat maghrib terus balik and siap2 nak pi latihan silat kat politeknik shah alam. Bulan Ramadhan ni kelas silat mula lambat, pukul 9.30 lepas habis solat terawikh. Sampai kat kelas silat memang mata aku x larat dah nak bukak, kelopak mata ni cam ada gam okeh.. sangat berat mataku.
Kelas pon bermula.. tapi baru je briefing.. tetiba sorang student ni longlai dan hampir pengsan.. so kami bawak dia duduk.. dia kata dia sejuk dan sakit kepala. Kak ina urut kaki dia dengan minyak panas.. pastu aku tanya adik ni memang selalu kena macam ni ke? Dia kata dia kurang darah merah.. huh.. ko ada anemia ke aku tanya.. baru dia cakap yer.
Alkisah sang kancil dan buaya.. hari tu dia tak makan ubat dan dia penat sangat.. tak lama pastu adik tu terus pengsan. Kitorang berjaya call kawan sebilik dia datang ke kelas silat untuk bawak ubat, bila sampai room mate dia kata tak tau ubat kat mana dan kawan dia memang dah biasa kena pengsan-pengsan camni. Aku bab-bab sakit ni memang cuak la.. kita bukan doktor kan takkan nak biarkan adik tu tido camtu jer.. kami angkat dia masuk kereta aku
(humangai.. borat eh ko senah.. sakit urat belikat ku angkat.. senah x gemuk yer tapi badan dia sedap2 la) Terus hilang mengantuk aku ko!!
Kawan dia kata tak payah bawak pi klinik, si senah ni pon refuse nak pi klinik.. eh..eh ko dah la pengsan dah la berpenyakit dengan tercungap-cungap nafas ko taknak pi klinik? Kitorang paksa je dia pi klinik sebab dia dah kena attack kan.. as aku mention tadi aku bukan doktor, kang apa-apa hal jadi bahaya. Maka en.suami pon memecut la ke DEMC .. doktor check sana sini bagi ubat tahan sakit.. pastu senah baru kata dia nak pi Gleneagles Sepital sebab record dia kat sana. Kawan dia pon ikut skali masa ni, pastu kawan dia kata nak suh kawan dia hantar si senah pi Gleneagle.. bila aku pikir balik.. aku rasa baik aku hantar terus dia pi sepital..
Dalam perjalanan banyak kali gak la aku basuh kepala hotak si senah.. pi jalan2 bawak ubat.. jangan skip makan ubat.. ko kena tahu penyakit ko bebetul.. cari infopasal penyakit ko.. bla..bla..bla
(kesian senah dah la tengah tahan sakit sesak nafas, kena bebel lak ngan akak ni) siap dia cerita pernah dia naik motor, dah sampai rumah dan tak sempat nak matikan engine.. dia pengsan motor hempap dia sampai bahu patah.. ya allah... senah sila lah jangan naik motor.. ko naik je la pangangkutan awam atau ko jadi passanger je la.
Sampai je kat ER dalam kul 1130.. gedebuk gedabak.. kul 1.30 baru settle bab admisson.. aku pon balik umah. Sampai umah kul 2, aku sahur sesiap.. makan nasi sambil mata separuh totop.. terus tido.. senah ohh senah.
Eh lupa pulak.. korang tau tak Anemia tu apa? Untuk sesapa yang tak tau, Anemia ni adalah kekurangan sel darah merah dalam peredaran darah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Kalau anemia yang teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung atau organ lain.. yela oksigen dah tak cukup, pastu jantung pon lemah la.. info lain sila la google.
muka senah dah pucat masa tu.. mata siap kuning.. senah oh senah..